R.E.D. JOHOR
Selamat Datang ke Program eLearning
R.E.D JOHOR CME Series 2026
Unit HIV, STI & Hepatitis C, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengalu-alukan penyertaan semua peserta ke program R.E.D JOHOR CME Series 2026.
Program ini dianjurkan sebagai platform pembelajaran berterusan bagi memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan kompetensi profesional serta memperkasakan kolaborasi dalam pengurusan dan kawalan HIV, STI dan Hepatitis C di Negeri Johor.
Melalui siri CME ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai topik semasa, perkongsian pengalaman klinikal, perkembangan terkini rawatan serta pendekatan kesihatan awam yang relevan dengan perkhidmatan semasa.
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan menjadi medium pembelajaran yang interaktif, berinformasi dan berimpak tinggi.
Terima kasih atas komitmen dan penyertaan anda.