AUDIT KESELAMATAN FASILITI KKM
OBJEKTIF UMUM
Tujuan ia dijalankan adalah untuk mengadakan satu kemudahan kesihatan yang sihat dan selamat setakat yang praktikal melalui satu sistem audit keselamatan dan kesihatan yang dapat mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan anggota Kementerian Kesihatan dan juga orang ramai yang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan di kemudahan-kemudahan kesihatan, KKM.
OBJEKTIF KHUSUS
i. Mengadakan satu sistem pemeriksaan bagi menentukan aktiviti/aspek
keselamatan dan kesihatan mengikut kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
ii. Mengenalpasti tahap pelaksanaan aktiviti keselamatan dan kesihatan dan juga kebajikan yang telah dijalankan di fasiliti anggota.
iii. Mengenalpasti tahap kesedaran anggota kesihatan (semua lapisan) berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan
iv. Memberi cadangan langkah-langkah penambahbaikan bagi kekurangan yang
dikenalpasti.